PROGRAM ONE STOP CENTRE SEJAHTERA SOSIAL NEGERI PERAK
24 September 2025 | Aktiviti TerkiniProgram One Stop Centre Sejahtera Sosial Negeri Perak telah berjaya dilaksanakan pada 25 September 2025 dengan jayanya. Program ini telah berlangsung di daerah Kerian, dan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat.
Antara pengisian utama program ialah pembukaan booth NADI Kluster Kerian, yang menjadi platform penyampaian perkhidmatan sosial secara bersepadu kepada masyarakat. Turut diadakan ialah pendaftaran MyDigital ID, yang bertujuan memudahkan akses rakyat kepada perkhidmatan digital kerajaan dengan lebih selamat dan efisien.
Program ini selaras dengan aspirasi Kerajaan dalam memperkasa kesejahteraan sosial dan memperluas capaian perkhidmatan kepada rakyat melalui pendekatan menyeluruh dan inklusif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: