dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Bagan Serai, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM PERKHIDMATAN PINTAR DI NADI DAN KEMPEN INTERNET SELAMAT

10 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 9 September 2025 (Selasa), satu program bertajuk "Perkhidmatan Pintar di Nadi dan Kempen Internet Selamat" telah berjaya dilaksanakan di SMK Alor Pongsu. Program ini telah melibatkan pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 dan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran pelajar mengenai penggunaan teknologi pintar serta kepentingan keselamatan dalam talian.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan termasuk taklimat keselamatan siber dan sesi interaktif berkaitan etika penggunaan internet. Program ini juga memberi pendedahan kepada pelajar mengenai perkhidmatan digital yang boleh dimanfaatkan dalam kehidupan seharian.

Pihak sekolah berharap agar penganjuran program seperti ini dapat terus memupuk sikap bertanggungjawab dalam kalangan pelajar ketika melayari internet, di samping memperkasakan penggunaan teknologi secara positif dan beretika.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.