PROGRAM HARI KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN GUNUNG SEMANGGOL
24 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Hari Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Gunung Semanggol telah berjaya dilaksanakan dengan meriah pada 23 Ogos 2025 (Sabtu) bertempat di kawasan sekolah. Pelbagai aktiviti menarik telah dianjurkan sepanjang program berlangsung, termasuklah aktiviti sukan, pameran unit beruniform, dan gerai jualan oleh para pelajar serta guru.
Antara pengisian utama yang turut dijalankan semasa program ini ialah pendaftaran MyDigital ID, yang bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada warga sekolah dan ibu bapa mengenai kepentingan identiti digital dalam urusan harian pada masa hadapan. Usaha ini selaras dengan inisiatif kerajaan dalam mendigitalkan perkhidmatan awam dan memupuk kesedaran tentang keselamatan digital.
Program ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada seluruh warga sekolah serta komuniti setempat. Semoga penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi melahirkan generasi yang aktif, berilmu dan celik teknologi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: