dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Pekan Bagan Serai, Perak
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

PROGRAM PERTANDINGAN NADI E-SUKAN PERINGKAT SARINGAN NADI

17 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 Ogos 2025, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan Bagan Serai telah menjalankan Pertandingan NADI E-Sukan Peringkat Saringan NADI bagi permainan Mobile Legends: Bang Bang, Musim Ketiga.

Sebanyak enam kumpulan telah menyertai saringan ini, menunjukkan semangat kesukanan dan daya saing yang tinggi dalam kalangan belia tempatan. Pertandingan berlangsung dengan penuh semangat, strategi yang mantap.

Tahniah diucapkan kepada semua pasukan yang telah mengambil bahagian. Pasukan yang berjaya akan melangkah ke peringkat seterusnya, manakala yang lain diharapkan terus berusaha dan kembali lebih kuat pada masa akan datang.

NADI Pekan Bagan Serai merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta dan pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha ini terus menyemarakkan minat belia dalam bidang e-sukan dan teknologi digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© 2014 - 2025 Semua Hakcipta Terpelihara.