PROGRAM JIWA @KEMASYARAKATAN KOMUNITI MADANI ALOR PONGSU B
10 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniProgram Jiwa@Kemasyarakatan Komuniti MADANI Alor Pongsu B yang telah diadakan pada 9 Ogos 2025 telah berlangsung di Balai Lintang Masjid Sg Dungun Bagan Serai.
Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kesukarelawanan, mempererat hubungan antara penduduk setempat, serta memperkasa nilai-nilai murni dalam kalangan komuniti.
Antara pengisian adalah aktiviti pendaftaran MyDigital ID dan ahli NADI.
Pendaftaran ini merupakan salah satu inisiatif ke arah pendigitalan perkhidmatan kerajaan serta memperkasakan akses komuniti kepada maklumat dan kemudahan secara dalam talian. Melalui pendaftaran MyDigital ID, penduduk berpeluang memiliki identiti digital yang sah dan selamat untuk urusan rasmi, manakala pendaftaran sebagai ahli NADI membuka ruang kepada pelbagai peluang latihan, maklumat dan sokongan komuniti secara berterusan.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha murni seperti ini dapat diteruskan demi membentuk masyarakat MADANI yang harmoni dan progresif.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: